comscore
Tumpuan :
Nasional

‘Dalang’ seludup PATI di Pontian akhirnya di berkas

Oleh: Zahir Senapiah

PONTIAN: Jabatan Imigresen Johor, (JIM) memberkas seorang wanita dan seorang lelaki warga Indonesia berstatus pemastautin tetap, kerana menjadi dalang aktiviti penyeludupan pendatang tanpa izin (PATI) di sekitar perairan Pontian.

Mereka ditahan bersama 16 lagi pendatang termasuk seorang wanita ketika cuba keluar dari Malaysia melalui lorong tikus, di perairan Pontian dalam satu serbuan, jam 11.45 malam tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Baharudin Tahir dalam satu kenyataan berkata, kejayaan “ops serkap” itu hasil risikan bahagian penguatkuasa JIM Johor dengan kerjsama polis cawangan khas daerah Pontian sejak dua minggu lalu.

“Serbuan dilakukan di sebuah rumah yang dijadikan transit bagi kegiatan penyeludupan masuk dan keluar PATI melalui perairan Pontian”.

“Modus operandi sindiket ini ialah mensasarkan PATI yang telah disenarai hitam untuk masuk ke Malaysia” katanya.

Tambahnya, hasil siasatan mendapati, setiap PATI dikenakan bayaran RM2,500 hingga RM3,500 untuk perjalanan satu hala.

Bagi mengelirukan pihak penguatkuasa anggota sindiket menggunakan kereta persendirian bagi tujuan menyeludup PATI terbabit.

Susulan serbuan itu, dua buah kenderaan persendirian turut disita mengikut Seksyen 49, Akta Imigresen 1959/63.

Semua PATI yang ditahan disiasat dibawah Seksyen 6(1) (c), Seksyen 15(1) (c) dan Seksyen 56(1) (I) Akta Imigresen 1959/63.

Manakala wanita dan lelaki yang bertindak sebagai dalang kegiatan itu akan disiasat dibawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi mana-mana pihak yang dengan sebab munasabah mempercayai tindakan mereka bertentangan dengan Akta Imigresen 1959/63.

| ARTIKEL BERKAITAN 

Loading...
Terkini