comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PDRM minta bantuan Interpol jejak Jocelyn Chia

 

KUALA LUMPUR: PDRM akan meminta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapatkan identiti dan lokasi terkini pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, permohonan itu akan dibuat esok bagi membantu siasatan berhubung klip video yang tular di media sosial.

“Selain itu, PDRM juga sudah membuat salinan transkrip ucapan suspek dalam klip video berkenaan.

“Pada 7 jun lalu, polis sudah membuat permohonan profiling kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan perkara itu masih lagi dalam tindakan SKMM,”katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. – FOTO: NSTP

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Lawatan Hospital sempena peringatan Hari Polis ke-216 di Hospital Tuanku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HPKK), hari ini.

Acryl berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 504/505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sebelum ini, tindakan Chi yang memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini, mendapat kecaman hebat daripada pelbagai pihak termasuk Malaysia dan Singapura.

Foto: Tangkap layar video tular

Menerusi klip video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok, Chia turut secara sengaja menghina seorang penonton persembahannya yang mengaku sebagai rakyat Malaysia dengan perkataan kesat.

Susulan itu, TikTok sudah mengeluarkan video tular oleh pelawak komediri, Jocelyn Chia, yang mengandungi kenyataan menghina Malaysia dan tragedi MH370, kerana mengandungi ucapan berunsur kebencian.

Loading...
Terkini