comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pegawai JPJ parah nahas jalan raya

Oleh: Fazli Ahmad

TEMERLOH: Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) parah dan dua terselamat selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas di Kilometer 152, Jalan Kuala Lumpur – Kuantan di sini, hari ini.

Ketua Polis DaerahTemerloh, ACP Mazlan Hassan berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 10:30 pagi ketika kenderaan JPJ Cawangan Temerloh itu perjalanan dari arah Kuantan ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kerana pacuan empat roda itu hilang kawalan.

Katanya, kawasan kemalangan membabitkan laluan berselekoh dan ketika kejadian cuaca baik serta permukaan jalan tidak basah.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku setelah pemandu dipercayai hilang kawalan,”

“Akibatnya pacuan empat roda itu terbabas dan melanggar terbing tanah di laluan bertentangan serta terbalik.”

“Akibat kemalangan itu, penumpang belakang cedera dan dikejarkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, mangsa tercedera ialah Mohd Fauzi Yusop, 45, manakala pemandu dan penumpang depan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai.

Loading...
Terkini