comscore
Tumpuan :
Nasional

 Pekerja kuari maut tertimbus batu kerikil

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja kuari maut selepas terjatuh ke dalam lubang salur pemproses batu sebelum tertimbus di City Link, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, petang tadi.

Mangsa lelaki warganegara Indonesia dikenali sebagai Mujiono, 49 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 5.08 petang tadi.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Teluk Panglima Garang, dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa terjatuh ke dalam lubang salur convenyor dan tertimbus semasa melakukan kerja-kerja pemindahan batu kuari.

“Mangsa tertimbus dengan kedalaman enam meter sebelum pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa bermula jam 5.20 petang sebaik tiba di lokasi,” katanya kepada media hari ini.

“Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan melalui salur convenyor pada jam 7 malam.

“Sebaik dikeluarkan, mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Loading...
Terkini