comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar tingkatan 5 maut, motosikal digilis treler

HULU SELANGOR: Seorang pelajar tingkatan lima maut digilis sebuah treler di Kilometer 37 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, dekat Serendah, di sini, hari ini ketika mahu mengisi minyak dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Dalam kejadian jam 1.45 tengahari itu, remaja lelaki berusia 17 tahun yang lengkap berbaju sukan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, mangsa yang baru pulang dari sekolah menggunakan jalan belakang untuk pergi ke stesen minyak.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Comel dan treler yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dalam perjalanan dari Batang Kali ke Kuala Lumpur.

“Tiba di lokasi, datang penunggang motosikal dari simpang kiri dan dalam masa sama tayar belakang treler menggilis mangsa. Dia disahkan maut akibat parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, proses bedah siasat mangsa dijalankan di Hospital Kuala Kubu Bharu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...
Terkini