comscore
Tumpuan :
Politik

Esok baru buat keputusan – MP Gua Musang

Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim.

KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim memaklumkan akan mengadakan perbincangan dengan peguam dan rakan yang sealiran dengannya sebelum memutuskan sama ada mahu menjawab surat yang dikeluarkan oleh BERSATU.

Mohd Azizi berkata, perbincangan itu akan dilakukan esok di ibu negara membabitkan enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari BERSATU yang mengumumkan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Buat masa ini saya tidak boleh memberi sebarang maklum balas kerana akan mengadakan perbincangan terlebih dahulu.”

“Kita jangkakan perbincangan itu akan selesai sekitar jam 6 petang. Perbincangan itu akan memperincikan sama ada saya perlu memberi maklum balas terhadap surat berkenaan dan kandungan surat yang akan dibalas. Jadi, kita tunggu esok ye,” katanya ketika dihubungi.

Media sebelum ini melaporkan, enam Ahli Parlimen BERSATU yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri sebelum ini diberi tempoh 14 hari untuk membalas arahan bertulis dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kegagalan mereka berbuat demikian akan menyebabkan keahlian dalam BERSATU terhenti dengan serta-merta menurut Fasal 10.4 perlembagaan parti.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini