comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelakon drama Nur, Kamsani Ismail meninggal dunia

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Pelakon drama bersiri popular Nur, Kamsani Ismail meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kencing manis dan jangkitan kuman, malam tadi.

Allahyarham yang berusia 60 tahun menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka di sini pada jam 11.30 malam.

Anaknya, Muhd. Amin Ismail, 25, berkata, bapanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan pada jam 2.30 petang.

“Sebelum dimasukkan ke hospital, arwah telah pergi mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Klebang sebelum pihak klinik merujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut petang semalam.

“Bagaimanapun selepas menerima rawatan di hospital, pihak hospital kemudian mengesahkan bahawa ayah telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Muhd Amin yang juga anak kelima daripada enam beradik itu berkata, bapanya telah menghidap penyakit kencing manis sejak lebih 10 tahun lalu.

Bagaimanapun ujarnya, keadaan kesihatan bapanya semakin merosot sejak akhir-akhir ini.

Kamsani yang berasal dari Klebang meninggalkan seorang balu, Norhayati Yusoff, 53, dan enam anak yang berumur antara 18 hingga 36 tahun.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Permatang Klebang selepas zohor.

Semasa hayatnya, Allahyarham pernah membintangi beberapa drama termasuk Nur, Nenek Kebayan dan Shhh I Love You.

Loading...
Terkini