comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelaksanaan GST: Dua syarat utama perlu dipenuhi


PETALING JAYA: Dua syarat utama perlu dipenuhi sebelum pelaksanaan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kerajaan perlu memastikan pemahaman rakyat berkaitan cukai ditingkatkan.

Selain berusaha menyelesaikan terlebih isu berkaitan kos sara hidup rakyat.

“Ini satu perkara penting yang ingin nyatakan di sini bahawa tahun ini tidak dilaksanakan GST, saya tidak tahu bila dia akan dilaksanakan itu satu perkara mustahak yang saya ingin nyatakan disini,walaupun demikian dua syarat pelu dibuat iaitu kefahaman rakyat dan kedudukan tahap hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir merasmikan forum cukai anjuran 8TV di Bandar Utama di sini hari ini.

Tambahnya pihak media juga perlu memainkan peranan penting mengenai pendidikan cukai dalam kalangan rakyat.

Ahmad berkata pendidikan cukai hendaklah ditingkatkan di pelbagai peringkat antaranya di sekolah, institut pengajian tinggi dan juga seminar kepada orang ramai.

Ujarnya jika ia tidak dilakukan ia boleh menimbulkan salah faham berkaitan cukai.

Turut hadir pada majlis terbabit, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr. Syed Hussian Aljunid,Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Nini Yusof dan Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima Kamarudin Mape.

Loading...
Terkini