comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu halang laluan ambulans punca pesakit meninggal, dikenakan tindakan

 

SRI AMAN: Polis Daerah Sri Aman, Sarawak mengambil tindakan terhadap pemandu Perodua Kembara, kerana menghalang sebuah ambulans di Kilometer 6, Jalan Kuching-Sri Aman dekat Jalan Kampung Entulang Bungkang, di sini, kelmarin.

Dalam satu kenyataan oleh Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Suprintendan Mathew Manggie berkata, pemandu itu dikenakan tindakan mengikut Kaedah 9 Kaedah-Kaedah Lalulintas 166/59 iaitu Kesalahan Tidak Beri Laluan kepada ambulans.

“Pada Jumaat lalu sekitar jam 3 petang, tular sebuah kenderaan di media sosial yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans yang membawa pesakit ke Hospital Sri Aman.

Tangkap layar video tular

“Sehari selepas kejadian itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengambil tindakan mengesan kenderaan itu dan pemandunya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mathew turut mengingatkan agar semua pengguna jalanraya perlu mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Semua lalu lintas hendaklah apabila diberi amaran tentang kehadiran apa-apa ambulans, kereta bomba mahupun kenderaan polis hendaklah memberi laluan yang lapang kepada kenderaan-kenderaan itu,” katanya.

Sebelum ini tular sebuah video berdurasi 53 saat di media sosial tindakan seorang pemandu Perodua Kembara yang menghalang laluan sebuah ambulans di Sri Aman.

Difahamkan, menerusi kenyataan dalam video berkenaan seorang pesakit meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital gara-gara sikap pentingkan diri seorang pemandu yang tidak memberi laluan kepada sebuah ambulans di Sri Aman, Sarawak pada Jumaat.

Ia sekali gus mendatangkan kemarahan netizen kerana ambulans berkenaan sudah lama membunyikan siren kecemasan tetapi pemandu Perodua Kembara itu tetap tidak menukar laluannya.

Loading...
Terkini