comscore
Tumpuan :
Nasional

Mayat mangsa hilang susulan tragedi kepala air di Sarawak, ditemui

Mayat mangsa ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun oleh penduduk kampung hari ini. – FOTO: JBPM Sarawak

SEMATAN: Mangsa hilang dalam tragedi kepala air di air terjun Kampung Sebat, di sini ditemui mati hari ini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, mayat Steven Chai Pok Yee, 20, ditemui tersangkut di celah-celah batu di kawasan air terjun oleh penduduk kampung sekitar 7.15 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.50 petang semalam, Chai bersama beberapa rakannya beriadah di kawasan itu sebelum dihanyutkan kepala air.

Tiga rakannya diselamatkan penduduk kampung di lokasi kejadian, tetapi seorang daripadanya, Vincent Tiong Kung Cheng, 20, kemudian disahkan meninggal dunia oleh paramedik Klinik Kesihatan Sematan di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa korban itu berasal dari Kota Samarahan.

Air Terjun Kampung Sebat yang terletak di Kampung Sebat Dayak kira-kira 100km dari Kuching merupakan destinasi pelancongan dan riadah semakin popular.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini