comscore
Tumpuan :
Nasional

Penahanan 2 pegawai adalah hasil perkongsian maklumat strategik – JIM

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memaklumkan dua pegawainya yang ditahan adalah hasil perkongsian maklumat secara strategik antara dua agensi berkenaan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, ini susulan pihaknya telah mengesan terdapat dakwaan pegawai berkenaan Dhaka menerima rasuah melibatkan pengeluaran visa luar negara kepada rakyat negara tersebut untuk memasuki Malaysia.

“Jabatan Imigresen telah mengarahkan kedua-dua mereka kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan. Hasil maklumat tersebut telah disalurkan kepada SPRM untuk tindakan dan siasatan sehingga membawa kepada penahanan dua pegawai tersebut,”

“Siasatan diserahkan sepenuhnya kepada SPRM dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan imej jabatan dan menggugat keselamatan serta kedaulatan negara dan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai yang terbukti melakukan kesalahan berkenaan.

Dua pegawai tersebut telah direman tiga hari bermula 18 sehingga 20 April 2023 lalu.

Kedua-dua pegawai itu sebelum ini ditempatkan di Atase Imigresen Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh.

Loading...
Terkini