comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pencarian 3 sekawan lemas, dua mayat ditemukan

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

MANJUNG: Mayat kedua daripada tiga remaja lelaki yang hilang semalam ditemukan lemas di Sungai Sempit, Kampung Tanjung Batu dekat Segari, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata mayat G. Sarath, 16, ditemukan tersangkut pada jaring nelayan pada jarak 300 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh, jam 12.40 tengah hari.

Terdahulu mayat pertama Chew Darumaraj, 14, ditemukan jam 9.05 pagi kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang masih hilang T Eishwarpillai, sedang giat dilakukan.

Semalam, media melaporkan tiga sekawan dilaporkan hilang ketika mandi di Sungai Sempit kira-kira jam 3 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini