comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Mangsa terakhir ditemui, bomba guna teknik ‘Figure of 8’

 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

MANJUNG: Mayat mangsa ke 3 tragedi lemas Sungai Sempit, T. Eishwarpillai berusia 16 tahun berjaya ditemukan pada jam 5:05 petang oleh nelayan yang turut serta dalam operasi pencarian di hari kedua.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pasukan Bomba dan penyelamat menggunakan teknik pencarian ‘figure of 8’ bagi mengesan mayat terakhir itu di muara Sungai Sempit.

Teknik itu digunakan bagi melancarkan operasi SAR yang bermula jam 2 petang tadi kerana faktor peningkatan paras air pasang yang tinggi ketika waktu petang.

“Teknik itu kita lakukan secara pusingan dimana 4 bot digunakan bagi membolehkan mangsa yang berada di dalam air sama ada tersangkut di dalam lumpur timbul untuk mudah dikesan”

“Mungkin pada ketika paras air surut waktu sebelah pagi tadi, mangsa berkemungkinan terbenam disebabkan lumpur yang tebal di dalam sungai, jadi ia sedikit menyukarkan pencarian”

Jelas Sayani lagi, teknik yang digunakan itu juga dibantu oleh bot nelayan yang kemudiannya berjaya menemui mangsa yang dalam keadaan timbul dan tidak berbaju dalam lingkungan 100 meter daripada lokasi mangsa dipercayai jatuh.

Operasi SAR pada sebelah petang tadi mengambil masa kira-kira lebih 3 jam dan kekuatan anggota petugas keselamatan adalah seramai 68 orang yang antaranya terdiri dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Perak, Unit Marin PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Turut membantu di dalam operasi SAR selama dua hari ini adalah komuniti nelayan di perkampungan Tanjung Batu Segari.

Operasi SAR ini ditamatkan secara rasmi pada jam 5:15 petang.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini