comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pengasas syarikat penerbangan tambang rendah, isteri, anak direman

Pengasas syarikat penerbangan tambang rendah bersama anaknya dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang bagi permohonan reman. – FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR : Pengasas bersama yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat penerbangan tambang rendah bergelar ‘Datuk’, direman empat hari.

Terdahulu, suspek bersama isteri dan anak dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang, di sini bagi permohonan reman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

 

“Reman terhadap individu bergelar Datuk berusia 57 tahun bersama isteri berusia 55 tahun dan anaknya berusia 26 tahun dibenarkan selama empat hari.

“Semua individu berkenaan ditahan di rumah mereka di Shah Alam pada 5.30 petang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, sebuah syarikat penerbangan tambang rendah dilapor mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa pada 12 Oktober.

Penggantungan berkenaan akan berlanjutan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini