comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Wani Kayrie genggam ijazah undang-undang

Penyanyi, Wani Kayrie bersama ahli keluarganya selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dan Perdagangan pada Majlis Konvokesyen Management and Science University (MSU) Ke-33 di Shah Alam hari ini. – FOTO: NSTP

SHAH ALAM: Impian penyanyi, Wani Kayrie untuk bergelar penasihat undang-undang hampir menjadi kenyataan selepas menggenggam Ijazah Sarjana Undang-Undang dan Perdagangan pada Majlis Konvokesyen Management & Science University (MSU) di sini, hari ini.

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Syazwani Abdullah, 24, dia bersyukur usaha kerasnya dalam pengajian sejak 2019 membuahkan hasil.

“Apabila menjadi anak seni, saya akui menempuh kesukaran untuk membahagikan masa antara kerjaya seni dan akademik. Namun, segala kepayahan sebagai penuntut universiti terbalas menerusi ijazah ini dengan doa ibu bapa dan keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis konvokesyen itu.

Wani antara 2,253 graduan daripada 128 program pengajian termasuk ijazah doktor falsafah (PhD), sarjana dan diploma yang diraikan pada majlis konvokesyen itu.

Wani yang memperoleh purata CGPA 3.5 berkata pencapaian itu turut membuktikan bahawa anak seni juga mampu berjaya dalam pendidikan.

“Biarpun sibuk dalam kerjaya seni, saya tetap nekad turut mahu memfokuskan pengajian termasuk ketika negara dilanda pandemik COVID-19.”

“Selain menggenggam ijazah, saya juga gembira dapat melunaskan tanggungjawab sebagai pemegang biasiswa MSU,” katanya.

Jelas anak sulung daripada tiga beradik itu, beliau seterusnya bercadang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana undang-undang.

“Saya sememangnya berhasrat mahu menjadi penasihat undang-undang kerana pada saya sebagai anak seni, penting untuk saya tahu terutamanya apabila berkaitan kontrak dan lain-lain. Saya juga berhasrat untuk membantu rakan-rakan dalam bidang seni,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini