comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengendali Telegram beri kerjasama baik kawal selia platform – Fahmi

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan Telegram memberi kerjasama baik dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam mengawal selia platform berkenaan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, antara kerjasama diberikan termasuk berkaitan isu keselamatan dalam talian seperti penipuan dan judi dalam talian dengan menurunkan kandungan atau saluran yang berkaitan.

“Tetapi satu daripada masalah yang kita hadapi ialah bila ditutup satu saluran, dibuka saluran lain. Judi dalam talian ini seringkali mereka sangat kreatif.

“Jadi kita juga berbincang mengenai cara-cara yang lebih mampan untuk lawan penipuan dan judi dalam talian bukan sahaja dalam aplikasi Telegram tetapi banyak aplikasi media sosial dan mesej dalam talian yang lain,” katanya di program pemeriksaan kesihatan mata di Lembah Pantai, hari ini.

Selain isu keselamatan, Fahmi berkata pihak Telegram turut memberi kerjasama dalam menurunkan kandungan yang melanggar Akta Hak Cipta.

“Contohnya, siri televisyen Layang Layang Perkahwinan boleh diperoleh dalam aplikasi tersebut,” kata Fahmi

Pada 2 Mac lalu, Fahmi mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Telegram, Pavel Durov di Dubai bagi membincangkan isu berbangkit melibatkan platform media sosial itu yang mempunyai kira-kira 15 juta pengguna di Malaysia.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini