comscore
Tumpuan :
Nasional

Pengetua sekolah agama kena panggil

MELAKA: Pengetua sebuah sekolah agama di Alor Gajah di sini dipanggil oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Ini berhubung dakwaan kejadian buli yang membabitkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua sehingga remaja itu berubah sikap.

Artikel berkaitan: Adik maut dipercayai dicekik abangnya

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, pihaknya kini sedang membuat siasatan bagi mengumpul maklumat mengenai dakwaan berlakunya kes buli di sekolah terbabit.

“Kita tengah lakukan siasatan dan mengumpul maklumat bukan sahaja diperingkat polis tetapi juga diperingkat jabatan.”Malah pengetua juga sudah dipanggil oleh pengarah JPN untuk memberi sedikit pencerahan dan jelaskan berkaitan kes ini selain juga melakukan semakan dengan mengkaji segala kebarangkalian,” katanya.

Menurut beliau, bukan mudah untuk mengaitkan kejadian yang berlaku dengan kes buli di sekolah namun begitu siasatan secara terperinci akan dilakukan.

Sementara itu, Rahmad turut mengingatkan semua sekolah di Melaka khususnya yang berasrama supaya tidak menyembunyikan sebarang kejadian buli yang berlaku dalam kalangan pelajar.

“Saya sarankan supaya semua sekolah sama ada pengetua, warden dapat memastikan tidak berlaku kes buli di sekolah. Jangan sembunyi, sekiranya ada harus dan wajib ambil tindakan.”Saya mengingatkan semua sekolah terutamanya sekolah berasrama untuk memantau pelajar terutamanya ‘junior’,” katanya.

Media semalam melaporkan remaja lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mencekik adiknya sehingga mati di Bukit Piatu, semalam, didakwa berubah sikap selepas menjadi mangsa buli di sekolahnya.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 12 tengah hari dan ketika itu, hanya remaja terbabit bersama mangsa yang juga adiknya berusia sembilan tahun berada di rumah.

Bapa remaja itu, mendakwa sikap anak sulungnya mula berubah selepas dia dibuli pelajar senior di asramanya.

Dakwanya, anaknya itu dibuli sejak tingkatan satu tetapi hanya mendiamkan diri sehinggalah berlarutan ke tahun ini dan semakin teruk sebelum mula mengadu kepadanya dan isteri.

Loading...
Terkini