comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bantuan segera RM100,000 disalurkan KPM untuk SMK Munshi Abdullah 

FOTO: Ihsan Rahmad Mariman/ Facebook

MELAKA: Bantuan segera berjumlah RM100,000 disalurkan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi kerja-kerja pembaikan kerosakan bumbung tujuh blok di bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah di Batu Berendam, di sini, yang rosak akibat ribut semalam.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman, peruntukan itu diluluskan selepas permohonan dibuat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka.

Katanya beliau dimaklumkan mengenai perkara berkaitan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Karim Tumin.

Media semalam melaporkan kejadian ribut yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan tujuh blok sekolah mengalami kerosakan lebih 80 peratus.

Mengulas lanjut Rahmad berkata, beliau juga difahamkan sesi pembelajaran berjalan seperti biasa secara bersemuka untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6.

“Bagi pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4 sesi pembelajaran diadakan secara bergilir dan sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

“Untuk minggu ini bermula esok, pelajar yang hadir mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka adalah Tingkatan 4,5 dan 6 sementara pelajar Tingkatan 1,2 dan 3 dari rumah,” katanya.

Beliau berkata, pasukan sukarelawan JPN juga akan membantu kerja-kerja pembersihan di SMK Munshi Abdullah esok.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini