comscore
Tumpuan :
Nasional

Penghantar makanan maut, dua remaja parah motosikal bertembung

SEREMBAN: Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah motosikal dinaiki dua remaja di Jalan Sungai Landak, di Ampangan, Negeri Sembilan, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, dua mangsa iaitu penunggang motosikal berusia 16 tahun dan pembonceng 13 tahun cedera parah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan mendapati mangsa, Abdul Muiz Zakaria, 29 tahun dari arah Dusun Nyior ke Ampangan.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki remaja terbabit masuk ke laluan bertentangan dan bertembung motosikal mangsa.

Abdul Muiz yang parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di lokasi dan dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban untuk bedah siasat.

Sementara dua remaja terbabit yang turut parah menerima rawatan di zon merah hospital sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Kurungan Satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini