comscore
Tumpuan :
Nasional

Penghantar makanan maut, motosikal rempuh kereta

ISKANDAR PUTERI : Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian sisi sebuah kereta yang sedang membelok di persimpangan Jalan Persiaran Timur, dekat sini, tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kemalangan berlaku jam 1 tengah hari membabitkan mangsa seorang lelaki berumur 47 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Dash sedang menuju ke Lebuhraya Bukit Indah.

Sebaik tiba di lokasi motosikal mangsa telah melanggar sebuah kereta jenis Kia yang dipandu seorang wanita warga emas yang membelok ke Jalan Persiaran Timur.

Mangsa tercampak dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

Manakala wanita warga emas tidak mengalami kecederaan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini