comscore
Tumpuan :
Nasional

Penguatkuasa antara 3 ditahan terima rasuah

FOTO: NSTP

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan tiga individu termasuk seorang anggota penguatkuasa kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM12,000.

Suspek berusia 35 tahun bertugas di Tawau dipercayai bersubahat dengan dua lelaki berusia antara 40 hingga lewat 50-an yang bertindak sebagai orang tengah bagi melepaskan warganegara asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ditahan ketika diminta hadir ke pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 6 petang, semalam.

Menurut suspek, warga Indonesia terbabit yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dipercayai keluar dari daerah Tawau ke Kuala Lumpur tanpa melalui pemeriksaan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Tawau.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Loading...
Terkini