comscore
Tumpuan :
Nasional

Peniaga Bazar Aidilfitri Terengganu dibenar berniaga sehingga 29 Ramadan

Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Peniaga Bazar Aidilfitri di negeri itu diingatkan untuk mematuhi permit yang diberikan kerajaan negeri bagi menjalankan perniagaan sehingga 29 Ramadan sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Datuk Dr Alias Razak berkata, pihaknya berharap peniaga dapat mematuhi permit yang dikeluarkan sehingga jam 12 tengah malam bagi menggelakkan tindakan saman dan disenaraihitam dikenakan terhadap mereka.

Beliau berkata, keputusan kerajaan negeri tidak membenarkan pengoperasian Bazar Aidilfitri pada malam 1 Syawal adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

“Sekiranya pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Sabtu, maka waktu pengoperasian Bazar Aidilfitri dibenarkan sehingga hari Khamis sehingga jam 12 tengah malam saja.

“Bagaimanapun, sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Jumaat, maka waktu operasi Bazar Aidilfitri tetap dibenarkan sehingga Khamis sehingga jam 12 tengah malam,” katanya pada sidang media di Pejabat Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) di sini, hari ini.

Dr Alias berkata, sekiranya ada dalam kalangan peniaga yang tidak mematuhi arahan yang diberikan, tindakan akan dikenakan terhadap mereka kerana ia satu kesalahan.

Beliau berkata, selain tindakan kompaun terhadap peniaga yang berniaga melepasi masa pengoperasian yang ditetapkan, nama mereka juga akan disenaraikan hitam daripada berniaga pada tahun depan.

“Tindakan tegas akan menanti sekiranya peniaga yang ingkar dan berharap mereka dapat memberikan kerjasama bagi membolehkan 2224 pekerja pembersihan dapat menjalankan kerja-kerja membersihkan sampah di bazar terbabit,” katanya.

Loading...
Terkini