comscore
Tumpuan :
Nasional

Penjawat awam ditahan SPRM salah guna jawatan untuk kepentingan sendiri

Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan jawatannya dengan memohon dan meluluskan dana berjumlah RM12,000 untuk kepentingan dirinya. – FOTO: NSTP

SEREMBAN: Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan jawatannya dengan memohon dan meluluskan dana berjumlah RM12,000 untuk kepentingan sendiri.

Menurut sumber, suspek, 44, ditahan kira-kira jam 7 malam tadi ketika hadir di Pejabat SPRM Negeri Sembilan, di sini.

“SPRM menahan seorang penjawat awam kerana disyaki menyalahguna kedudukannya dengan membuat permohonan dan meluluskan pinjaman wang pada 2023.”

“Ia untuk tujuan pendahuluan bagi kerja membaik pulih Pusat Mengumpul Getah (PMG) sebanyak RM12,000 melalui dana daripada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) untuk kepentingan dirinya,” kata sumber itu hari ini.

Permohonan reman terhadap suspek dilakukan di Mahkamah Majistret Sivil, di sini, pagi ini.

Suspek dibenarkan reman selama tempoh tujuh hari bermula hari ini sehingga 21 Mei dan ditempatkan di lokap SPRM Negeri Sembilan sementara siasatan dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini