comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, kemalangan di Link Kedua 

ISKANDAR PUTERI:  Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut, apabila motosikalnya merempuh sebuah kereta yang berhenti kerana kesesakan jalan raya raya di kilometer (KM) 0.5 Lebuhraya Link Kedua arah selatan, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan, kira-kira jam 8.50 pagi.

“Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika sebuah kereta jenis Honda Civic bergerak perlahan di lorong kanan, berhenti kerana kesesakan jalan raya dan menyebabkannya dirempuh dari belakang oleh sebuah motosikal jenis vespa Piaggio.

“Selang beberapa minit kemudian, dari arah sama datang sebuah motosikal jenis Ninja EX650 telah merempuh bahagian belakang kereta yang sama.

“Kemalangan menyebabkan penunggang motosikal terbabit tercampak ke jalan raya dan maut di lokasi kemalangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ibrahim, penunggang motosikal yang maut merupakan lelaki warga tempatan berusia 28 tahun.

Manakala pemandu kereta, lelaki warga tempatan berusia 31 tahun tidak mengalami sebarang kecedraan.

“Penunggang vespa Piaggio hanya mengalami luka di bahagian kaki. Siasatan lanjut masih diteruskan,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini