comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Petugas media maut dalam kemalangan motosikal

 

Oleh Fazli Ahmad

BENTONG: Seorang terbunuh manakala dua tercedera dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 43, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kemalangan itu, penunggang motosikal berkuasa tinggi, Khairul Azman Zainuddin, 45, dalam perjalanan dari arah Karak ke Kuala Lumpur.

Katanya, hasil siasatan motosikal ditunggangi mangsa dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya menyebabkan mangsa tercampak ke laluan bertentangan.

Menurutnya, sebuah motosikal dari arah Kuala Lumpur ke Bentong tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

“Mangsa cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan penunggang sebuah lagi motosikal berusia 46 tahun serta pembonceng hanya cedera ringan.” katanya menerusi kenyataan media di sini malam ini.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan1987 kerana memandu secara merbahaya hingga menyebabkan kematian dan saksi kejadian diminta tampil membantu siasatan.

Loading...
Terkini