comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Trafik KL-Karak sesak sebab kerja penyelenggaraan jalan

KUALA LUMPUR: Kesesakan teruk dari Kilometer (KM) 20.1 hingga KM30.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur, berhampiran Bentong disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman sudah memaklumkan perkara itu kepada pihak ANIH Berhad selaku pengendali lebuh raya berkenaan.

“Pihak kami dan JSPT Bukit Aman sudah maklumkan kepada pihak ANIH bahawa kerja-kerja penyelenggaraan berkenaan iaitu penurapan jalan menyebabkan kesesakan.

“Kesesakan teruk disebabkan di laluan berkenaan, hanya dibuka satu lorong, dan pihak kami serta JSPT Bukit Aman sudah memaklumkan kepada pihak Anih supaya membuka dua lorong,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kerja penyelenggaraan jalan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya berkenaan. -FOTO: Ihsan PDRM

Pusat Kawalan Daerah (DCC) Bentong juga dihubungi bagi memaklumkan mengenai kesesakan berkenaan.

Difahamkan, kesesakan masih lagi berlaku di laluan terbabit dan kerja-kerja penyelenggaraan itu dikatakan akan selesai dalam tempoh dua hingga tiga jam.

Sehingga jam 9 pagi tadi, trafik sesak sejauh 11.7 kilometer dari KM20.1 hingga KM31.8 lebuh raya itu arah Timur berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi terbabit.

Loading...
Terkini