comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tular: Kereta terbabas di Genting Highlands, polis panggil pemandu

Oleh Fazli Ahmad

BENTONG: Polis sudah memanggil pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Genting Highlands di sini awal pagi semalam.

Visual kejadian itu tular di media sosial menunjukkan dua kenderaan seperti sedang berlumba serta dirakam menerusi “dashcam’ kenderaan ketiga.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata nahas berlaku di kilometer 14.6 Jalan Genting Highlands jam 7:25 pagi semalam.

Ujarnya, pemandu lelaki berusia 27 tahun itu cuba memotong sebuah kenderaan tetapi terbabas ke kiri jalan.

“Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit dalam perjalanan dari Serdang, Selangor ke Genting Highlands apabila sampai di selekoh pemandu terbabit memotong sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan,”

“Pemandu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dia sudah dipanggil polis untuk tindakan lanjut.” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, semakan polis mendapati kenderaan terlibat dengan kemalangan itu mempunyai 11 saman kerana memandu melebihi had laju.

Polis akan turut memanggil indvidu yang merakam visual berkenaan.

Siasatan kes mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.

Loading...
Terkini