comscore
Tumpuan :
Nasional

Penunggang motosikal maut dirempuh bas kilang

Oleh: Kumaran Rajamoney

KUALA KETIL: Seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan selepas dirempuh sebuah bas kilang di Jalan Merbau Pulas-Kuala Ketil, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Baling, Suprintendan Shamsudin Mamat dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku sekitar jam 8.20 malam tadi.

Mangsa, Ooi Su Ching, 41 yang bekerja sebagai pemandu backhoe dipercayai sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kuala Bakong, ke rumahnya di Kuala Ketil.

Ketika tiba di lokasi, mangsa dilanggar sebuah bas kilang di bahagian belakang.

“Bas itu dilaporkan telah memotong sebuah kereta dihadapannya semasa lampu isyarat hijau apabila sampai di tempat kejadian. Keadaan itu menyebabkan bas itu melanggar mangsa di bahagian belakang.”

“Kesan pelanggaran itu, mangsa telah melambung dan terjatuh di laluan bertentangan. Motosikal mangsa dipercayai sedang berada di lorong kanan untuk membelok masuk ke sebelah kanan jalan. ,” katanya.

Akibat daripada kemalangan tersebut mangsa telah mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tiada kecederaan dilaporkan melibatkan pemandu dan penumpang bas.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

Pemandu bas ditahan dan diambil sampel urin untuk tindakan lanjut.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini