comscore
Tumpuan :
Nasional

Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman penjara

SINGAPURA: Lelaki yang menyerang pelakon Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis, lapor Straits Times (ST).

Tertuduh Muhammad Nabil Rashid, 34, yang merupakan warga Singapura pada 31 Jan lepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyerang dan dua pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap individu lain.

Muhammad Nabil mengaku dia melakukan kesalahan itu kerana beranggapan bahawa pelakon itu atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, telah mencabul saudara wanitanya.

Terdahulu, tertuduh telah direman di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi menjalani penilaian psikiatri.

Dia didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac 2023 kerana “terbabit dalam kes  menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya”.

Kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu.

Pada 12 Mac 2023, pihak polis telah dimaklumkan mengenai serangan di 1 Expo Drive iaitu suspek didakwa menyerang seorang lelaki berusia 36 tahun dengan belantan.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini.Kamal Adli dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 bermula 10 Mac di Hall 5A Singapore Expo apabila insiden itu tercetus di penghujung acara. -BERNAMA

Loading...
Terkini