comscore
Tumpuan :
Nasional

Perancangan pembangunan perlu inklusif – PM

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Peranan Badan Bukan Kerajaan NGO, ahli politik, aktivis masyarakat dan beberapa pihak berkepentingan lain perlu dilibatkan dalam merangka sebarang bentuk Pelan Struktur Pembangunan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bertepatan dengan prinsip tata kelola penyampaian perkhidmatan awam dan kerangka Malaysia Madani.

“Yang kita masukkan beberapa penekanan ini termasuk isu merakyatkan mana-mana pelan struktur dari segi perumahan dan kehijauan.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pada program Peluncuruan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 di sini, hari ini.

Tambah beliau, dalam setiap perancangan pembangunan, ia mesti mengutamakan keselesaan rakyat termasuk peniaga kecil.

Ujar Anwar, pendekatan kerajaan kini selain memacu pertumbuhan ekonomi, aspek pembangunan manusiawi juga turut ditekankan.

Loading...
Terkini