comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Perginya Hail Amir: Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana 

 


Oleh: Fareez Azman

GOMBAK: Jenazah penyanyi dan pelakon veteran tanah air, Allahyarham Datuk Hail Amir, 79, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini kira-kira jam 11 pagi tadi.

Terdahulu jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan di Masjid Ukay Perdana pada jam 9 pagi sebelum disolatkan kira-kira 300 jemaah.

Suasana sayu ketika bacaan talkin dibacakan seusai jenazah Allahyarham dimasukkan ke liang lahad.

Selain empat cahaya mata dan isteri, turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham, ahli keluarga terdekat dan kenalan artis veteran tanah air.

Antaranya, Datuk Dj Dave, Datuk Yusof Haslam, Salamiah Hassan, Datuk Ahmad Termimi Saregar, Abon, Datuk M Nasir, Razis Ismail dan Presiden SENIMAN, Datuk Zed Zaidi.

Allahyarham Hail Amir menghembuskan nafas pada usia 79 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin sekitar jam 3:48 petang.

Berita pemergiannya Hail disahkan oleh anaknya, Cinta Hailfi.

Sebelum ini, Hail pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan ke wad akibat masalah jantung.

Hail yang berasal dari Pulau Pinang, dimasukkan ke HKL pada Isnin selepas mengalami masalah batuk berterusan sejak Ahad.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Safiah Ibrahim, 72 tahun dan empat cahaya mata masing-masing berusia antara 26 hingga 40 tahun.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini