comscore
Tumpuan :
Nasional

Perkhidmatan Aplikasi WhatsApp Tergendala

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Perkhidmatan aplikasi media sosial, WhatsApp dilaporkan sedang mengalami masalah teknikal menyebabkan pengguna tidak boleh mengirim mahupun menerima mesej.

Laman sesawang DownDetector melaporkan masalah itu dikesan berlaku pada pukul 3 petang tadi.

Sehingga jam 3.30 petang, hampir 4,000 pengguna perkhidmatan itu melaporkan masalah sama dalam laman sesawang berkenaan.

Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 86 peratus pengguna didapati menghadapi masalah gangguan itu.

Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media terbesar itu.

 

 

Loading...
Terkini