comscore
Tumpuan :
Nasional

Persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak sudah bermula

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

KUALA LUMPUR: Proses persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sarawak sudah bermula tahun ini membabitkan kajian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ramkarpal Singh berkata untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya di Sabah akan bermula tahun 2025, manakala proses di Semenanjung pula dijadualkan pada 2026.

“Dalam proses itu, banyak faktor akan diambil kira seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat, antaranya sama ada kekadaran itu adalah bersesuaian.

“Kalau kita bandingkan penduduk di Bangi contohnya lebih kurang 300,000 pengundi berbanding Putrajaya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Klang, V.Ganabatirau di Dewan Rakyat.

Tambahnya, selepas kajian oleh SPR dalam tempoh dua tahun berkenaan, satu laporan yang mengandungi penemuan berkaitan akan dikemukakan kepada Perdana Menteri.

Loading...
Terkini