comscore
Tumpuan :
Nasional

Pinda hukuman curi kabel, Fahmi harap beberapa perkara diputuskan di Parlimen

Oleh: Hilmi Abdul Malik

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan cuba memutuskan beberapa perkara berhubung pindaan hukuman lebih berat bagi jenayah kecurian kabel yang masih berleluasa.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan cuba mendapatkan kelulusan di peringkat Jemaah Menteri menerusi sidang Parlimen yang sedang berlangsung.

“Harapan saya bagi sesetengah perkara (pindaan hukuman) sekiranya diluluskan di peringkat Jemaah Menteri, mungkin dalam sidang Parlimen ini… tetapi jika tidak mungkin dalam sidang yang akan datang,” katanya ringkas.

Beliau ditemui selepas menghadiri pementasan teater ‘Haji Murat’ di Wisma Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Mengulas kenyataannya sebelum ini, kerajaan masih meneliti akta tertentu selain mengambil kira beberapa perkara dalam bidang kuasa di bawah Kanun Keseksaan.

Jelasnya, perkara itu tidak berada di bawah bidang kuasa kementeriannya bagaimanapun tindakan berhubung jenayah berkenaan akan cuba diselaraskan bagi memperoleh penyelesaian yang menyeluruh.

Sebelum ini, Fahmi memaklumkan, kerajaan akan pertimbang mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pelaku kes kecurian kabel komunikasi sehingga menyebabkan gangguan perkhidmatan.

Perkara itu katanya merujuk kepada pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang sedang diperincikan oleh Jabatan Peguam Negara.

Buletin TV3 juga menerusi siri Laporan Khas sebelum ini, membongkar kegiatan mencuri kabel di Sabah yang menyaksikan kerugian puluhan ribu ringgit.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini