comscore
Tumpuan :
Nasional

PM hulur sumbangan kepada wartawan hiburan Huzz 

FOTO: Anwar Ibrahim / Faccebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghulurkan sumbangan kepada wartawan hiburan popular era 80-an hingga 90-an, Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini Kamaludin, yang kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat menderita kanser usus tahap empat.

Dalam hantaran di Facebooknya, Datuk Seri Anwar berkata, Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi, berkesempatan menziarahi wartawan yang terkenal menerusi penulisan berkaitan dunia artis tanah air.

“Selain bertanyakan khabar, Ahmad Farhan turut memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Saya amat berharap pemberian ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada saudara Huzz, insya-Allah,” kata Perdana Menteri.

Dalam hantaran sama, Datuk Seri Anwar turut berkongsi gambar keadaan terkini Huzz.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini