comscore
Tumpuan :
Artikel

PM Nasihat Individu Digodam Lapor Segera Kepada SPRM

Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob menasihatkan kepada pengguna supaya peka dengan sebarang pencerobohan dan penggodaman akaun media sosial.

Katanya sekiranya aktiviti terbabit dikesan berlaku laporan segera kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia perlu dibuat.

“Sebenarnya saya pun dah melaporkan kepada MCMC supaya MCMC lebih proaktif dalam perkara ini bila dapat saja laporan tentu saja akan diambil tindakan, sebab takut dia gunakan kita punya identiti untuk menipu orang lain,” kata beliau di Parlimen hari ini.

Semalam Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan akaun Telegram peribadinya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Perdana Menteri turut meminta orang ramai agar mengabaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan.

Loading...
Terkini