comscore
Tumpuan :
Nasional

PM sebak tonton petikan filem ‘Anwar Ibrahim: Untold Story’

Dr Wan Azizah dan Anwar tidak dapat menahan menahan sedih ketika petikan filem ‘Anwar Ibrahim: Untold Story’ dipertontonkan.

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelihatan sebak ketika berlangsungnya Kongress Khas PKR 2023, di sini, hari ini.

Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menitiskan air mata dan tidak mampu menahan kesedihan ketika petikan filem ‘Anwar Ibrahim: Untold Story’ dipertontonkan.

Turut dilihat menitiskan airmata, Ketua Angkatan Wanita PKR Fadhlina Sidek.

Filem itu mengisahkan ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menemui penonton secara rasmi di pawagam seluruh negara pada Mei ini.

Penerbit Eksekutif, Zukiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar, berkata filem itu digarap berdasarkan kisah sebenar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Kongress Khas PKR 2023 bertema Malaysia Madani: Pelaksanaan Sebuah Idealisma dirasmikan hari ini.

Seramai 1,200 perwakilan PKR dari seluruh negara berkampung di Stadium Malawati di sini untuk mengikuti Kongres Nasional Khas 2023 parti itu di sini, hari ini. — BERITA HARIAN

Loading...
Terkini