comscore
Tumpuan :
Nasional

Pokok durian 15 meter hempap rumah

Rumah pusaka rosak dihempap pokok durian dalam kejadian di Kampung Geylang, Pertang di Jelebu hari ini. – FOTO: NSTP

JELEBU: Sebuah rumah pusaka rosak teruk selepas dihempap sebatang pokok durian tumbang dalam kejadian di Kampung Geylang di sini pagi tadi.

Rashidi Ramli, 42, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 pagi ketika dia bersama keluarga adik dan abang terdiri 14 orang semuanya pulang ke rumah pusaka itu untuk berkumpul adik-beradik.

“Sebelum kejadian berlaku, semuanya berada di dalam rumah dan sedang berehat dan masing-masing ada yang berada di dapur dan ruang tamu.”

“Namun secara tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti rekahan dari arah luar.”

“Kejadian tersebut berlaku dalam sekelip mata, kami yang berada di dalam rumah tidak sempat keluar dari rumah sebelum pokok setinggi lebih kurang 15 meter dengan ukur lilit 1.5 meter menghempap di bahagian garaj kereta dan sebahagian ruang tamu,” katanya.

Katanya, dia tetap bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku.

Jelas Rashidi, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa cemasnya mereka sekeluarga ketika itu.

Rashidi yang bekerja kampung berkata pokok durian itu ditanam sejak 15 tahun lalu.

Kerugian dianggarkan kira-kira RM10,000.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini