comscore
Tumpuan :
Nasional

Pokok Sena, Perlis catat cuaca panas tahap dua hari ini

KUALA LUMPUR: Kawasan Pokok Sena di Kedah selain seluruh Perlis merekodkan status cuaca panas tahap dua atau gelombang haba setakat jam 4.30 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, tahap gelombang haba merujuk kepada suhu maksimum harian antara 37 hingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Menurut kenyataan itu juga, suhu panas tahap berjaga-jaga atau tahap satu pula direkod di 26 kawasan di Semenanjung selain Kota Belud di Sabah.

“Kawasan di Semenanjung yang merekodkan status cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kuala Muda, Pendang dan Kota Setar di Kedah; kawasan Timur Laut, Pulau Pinang; Kampar serta Kuala Kangsar dan Kinta di Perak.

“Selain itu, Bentong, Raub dan Temerloh di Pahang; Kuala Selangor dan Sepang, Selangor; Putrajaya; Jelebu, Rembau, Tampin dan Seremban di Negeri Sembilan; Melaka (Alor Gajah) dan Segamat, Muar serta Batu Pahat di Johor,” katanya menurut hantaran itu.

METMalaysia memaklumkan, suhu panas tahap satu atau berjaga-jagamerujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ ,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini