comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK KKB: Sock Tao akan berpindah ke Kuala Kubu Bharu, demi penduduk

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan(PH), Pang Sock Tao yang berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu hari ini akan berpindah untuk tinggal di sini bagi menjamin kesejahteraan penduduk setempat.

Katanya itu antara perkara pertama yang akan dilaksanakannya selepas meraih kemenangan malam ini.

“Perkara pertama yang saya akan lakukan adalah saya ingin mendengar dan mencari masalah terdesak kepada penduduk tempatan.

“Saya akan bekerjasama bergerak sebagai pasukan untuk menyelesaikan masalah tempatan untuk menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.
dalam sidang media yang diadakan di Pejabat UMNO Bahagaian Hulu Selangor hari ini.

Dalam masa sama, Sock Tao turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi Kuala Kubu Bharu kerana telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk membawa suara mereka.

Beliau juga menengaskan bahawa beliau merupakan wakil rakyat untuk semua penduduk di sini dan akan berkhidmat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada saya sebagai wakil rakyat dan menjadi suara mereka di DUN Selangor.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera daripada Kerajaan Perpaduan, Pakatan Harapan dan terutamanya Barisan Nasional.

“Inilah kemenangan buat penduduk dan pengundi Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Sock Tao memenangi kerusi DUN Kuala Kubu Bharu selepas memperoleh 14,000 undi dengan majoriti 3,869 sekali gus menewaskan calon PN Khairul Azhari Saut yang hanya memperolehi 10,131 undi.

Manakala calon Bebas Nyau Ke Xin mendapat 188 undi dan calon PRM Hafizah Zainuddin memperoleh 152 undi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini