comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Pokok tumbang menimpa kenderaan, tiga disahkan maut

 

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan mengesahkan tiga maut apabila pokok tumbang dan menimpa kenderaan yang melalui laluan utama berhampiran Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Ketereh.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Negeri Kelantan, Mohd Wildan Azhari, ketika dihubungi Buletin TV3 berkata kejadian dipercayai berlaku jam 8 malam tadi ketika ribut dan hujan lebat di lokasi kejadian.

@buletintv3 Tiga maut dihempap pokok tumbang di Kok Lanas, Kelantan. #beritaditiktok #buletintv3 #videotular #pokoktumbang ♬ original sound – BuletinTV3

Mangsa yang maut dikenal pasti pasangan suami isteri, Nik Mohd Zulmi Ramli, 44, dan Nik Amirah Ab Rahman, 40, serta anak bongsu mereka, Nik Aishah Azzahra, 5.

Ketiga-tiganya disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.

Dua lagi anak pasangan berkenaan, Nik Adilia Zulaikha, 11, dan Nik Adam Zarif, 9, cedera dan dibawa ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, kereta Nissan Sentra yang dinaiki mereka sedang melalui kawasan berkenaan dari arah Machang ke Kota Bharu.

Lima yang terselamat dalam kejadian itu, suami isteri, Shamsiemon Mukhtar, 53, dan isteri, Jahnilawati Mohd Zain, 52, serta tiga anak mereka.

Loading...
Terkini