comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Tiga mayat ditemui tangan kaki diikat, kepala disarung plastik

Gambar suspek warga Sri Lanka yang dikehendaki dalam kejadian kes bunuh di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur.

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua warga Sri Lanka yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tiga lelaki warga sama yang mayat mereka ditemui bertindan dengan tangan dan kaki diikat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 11 malam semalam, berhubung kejadian yang berlaku di sebuah rumah kedai 4 tingkat di Jalan Perhentian, Kampung Kovi Hilir, Sentul.

“Setelah menjalankan pemeriksaan dalam rumah tersebut, polis mendapati ada sepasang suami isteri.

“Di salah satu bilik, didapati ada 3 mayat lelaki yang salah satunya didapati bogel dan dua lagi mayat berpakaian.

“Mayat itu diikat kaki dan tangan, bahagian kepala disarung dengan plastik. Mayat itu ditindan antara satu sama lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD, Sentul.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah IPD, Sentul berhubung kes pembunuhan tiga warga Sri Lanka.

Susulan penemuan mayat terbabit, pasangan suami isteri berkenaan ditahan dan siasatan mendapati satu daripada tiga mayat yang ditemui adalah anak mereka.

Manakala dua lagi mayat penyewa rumah itu.

Siasatan awal mendapati suspek mengenali satu sama lain sejak enam bulan lalu.

Lokasi kejadian kes bunuh di sebuah rumah di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Kuala Lumpur. – Foto: NSTP

“Ketiga-tiga mayat mangsa yang berusia antara 20an hingga 30an dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

“2 suspek utama itu datang dari Klang untuk melawat anak dan pasangan berkenaan dan duduk di rumah sama selama dua hari.

“Polis percaya perkara ini dirancang daripada cara mayat tersebut dijumpai.

Katanya, kesemua mereka yang terlibat mempunyai pasport yang sah.

Pasangan suami isteri itu kini direman 7 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Loading...
Terkini