comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis cari mangsa pukul lelaki samseng

 

KAJANG: Lagak samseng seorang lelaki yang memukul seorang penunggang motosikal lain di Cheras Perdana, di sini, tular di laman media sosial, sejak semalam.

Kejadian disyaki berlaku pada jam 11.25 pagi Jumaat lalu dirakam sebuah kenderaan yang melalui lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, rakaman itu menunjukkan sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari satu persimpangan sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal lain.

Foto: Tangkap layar daripada video tular menunjukkan lelaki samseng yang memukul seorang penunggang motosikal

“Seorang lelaki tanpa memakai baju menunggang sebuah motosikal melalui jalan utama itu gagal mengawal kenderaan lalu melanggar motosikal yang keluar dari simpang.

“Lelaki tanpa memakai baju itu terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, video berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian berkenaan telah dirakam melalui kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum dimuat naik dan tular di laman Telegram Info Semasa Official, sejak semalam.

“Sehingga kini, kita masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kemalangan atau kejadian pukul tersebut dari pihak yang terlibat,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 279 dan 323 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut, boleh menghubungi balai berhampiran atau pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804,” katanya.

Loading...
Terkini