comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis rampas dadah bernilai RM111,358 milik seorang penganggur

Dadah yang dirampas daripada seorang penganggur. Foto Ihsan Polis

KUALA TERENGGANU: Polis berjaya merampas dadah bernilai RM111,358 selepas berjaya menahan seorang penganggur dalam kejadian petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kira-kira jam 3 petang anggota dan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu menahan seorang lelaki berusia 34 tahun di tepi lorong bersebelahan sebuah stesen minyak di Jalan Kuala Berang, dekat Kampung Gelugur Kedai, di sini.

Menurutnya, pemeriksaan pada badan suspek menemui dua peket plastik cerah di mana setiap satunya berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

Katanya, turut ditemui satu peket plastik cerah berisi biji-biji pil berwarna merah disyaki dadah jenis pil yaba dan peket plastik cerah di mana setiap satunya berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Kira-kira jam 5.30 petang, anggota dan pegawai BSJND IPD Kuala Terengganu, dibawa oleh suspek ke sebuah rumah di Kampung Paloh Tuan Sulong, di sini, dan pemeriksaan di dalam bilik sewa suspek menemui satu bungkusan plastik berwarna biru bercorak, bertulisan dan bernombor manakala didalamnya terdapat satu peket plastik cerah berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya.

“Kita turut menemui lima keping aluminium foil silver dan merah, setiap satu kepingnya terdapat biji-biji pil disyaki dadah jenis Pil Erimin 5.

“Manakala turut dirampas tiga botol, setiap satunya berisi cecair kehitaman disyaki cecair ubat batuk,” katanya.

Menurutnya, kes di siasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 manakala ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.

Katanya, suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan polis turut menyita wang tunai RM800 bersama sebuah kereta.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini