comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis siasat kenyataan Abdul Hadi didakwa sentuh isu 3R

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan beliau yang dipercayai menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum).

Ia berkaitan kenyataan beliau yang mendakwa DAP mahu mengekalkan pengertian Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran penjajah menjunjungi liberalisme dan kebebasan diamalkan oleh negara Barat.

Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk G Suresh Kumar berkata kenyataan itu dipercayai dilakukan melalui hantaran di Facebook Abdul Hadi pada 8 Julai lalu.

“Isu itu turut diulas dalam artikel diterbitkan oleh portal berita New Straits Times bertarikh 8 Julai lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Siasatan kes itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5 JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semalam, Suresh Kumar mengesahkan pihaknya juga sedang menjalankan siasatan ke atas Pengerusi DAP, Lim Guang Eng berhubung kenyataannya yang menyentuh isu 3R dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak beragama di Pulau Pinang.

Loading...
Terkini