comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis Siasat Lebih 200 Jemaah Langgar SOP Solat Sunat Aidiladha

Tangkap layar video tular berkenaan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan lanjut berhubung video tular ratusan individu melanggar SOP solat sunat Aidiladha di Surau Taman Pelangi, dekat Juru, Pulau Pinang, pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya juga sedang mengesan semua jemaah terlibat yang dipercayai warga asing dan penduduk di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

“Berdasarkan siasatan awal, pihak surau memaklumkan surau tersebut dibenarkan untuk mengadakan solat Jumaat dan solat sunat Aidiladha dengan kapasiti maksimum seramai 100 orang sahaja namun pagi tadi ia menerima limpahan kehadiran orang ramai yang mahu menunaikan solat itu melebihi jumlah yang dibenarkan untuk SOP solat sunat tersebut.

“Pengurusan surau telah mengarahkan mereka yang lain pulang dan menutup pintu pagar surau selepas kapasiti 100 jemaah telah cukup bagi mengelak lebih ramai yang masuk untuk menunaikan solat (sunat Aidiladha) dengan lebih 200 orang dipercayai kebanyakan warga asing bertindak solat di kawasan terbuka dan tepi jalan surau tersebut,” katanya.

Beliau berkata tiada keperluan untuk pihak pengurusan surau itu dikompaun kerana mereka mematuhi SOP yang ditetapkan malah mengikut arahan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP) dengan menunaikan solat itu dalam masa singkat serta jumlah jemaah ditetapkan.

Mengulas perkara terbabit, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan hari ini berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap individu yang terlibat.

Loading...
Terkini