comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Polis terima laporan kekecohan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR: Polis menerima satu laporan berhubung kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City dengan Johor Darul Takzim (JDT) di luar pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, di sini, malam tadi.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban berkata pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi empat minit 42 saat di Youtube kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurutnya, video berkaitan kekecohan itu dimuat naik oleh pemilik akaun ‘Fr7 Reborn’.

“Semakan dilakukan mendapati sekumpulan penyokong yang keluar dari Stadium Cheras mula membaling objek dan mercun di luar stadium,” kata Ravinder Singh dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ravinder Singh, berhubung kejadian ini, pihak polis menerima satu laporan polis berkaitan kes pecah cermin kereta daripada seorang lelaki.

Beliau berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan berhubung kejadian itu.

Ravinder Singh memberi jaminan, usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.

Tangkap layar berhubung kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City dengan Johor Darul Takzim (JDT) di luar pekarangan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras malam tadi.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

Mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/ 5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini