comscore
Tumpuan :
Nasional

PPS pertama di Sarawak dibuka di Debak, Betong

Seramai 30 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Mellenia di Debak, Betong. – Foto JPBN Sarawak

KUCHING: Pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir pertama di Sarawak tahun ini dibuka di Dewan Mellenia, Debak dalam Bahagian Betong, awal pagi tadi selepas beberapa kampung di daerah itu dilanda banjir sejak semalam.

Seramai 30 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu dipindahkan ke PPS berkenaan bermula jam 1.30 pagi.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, tiga kampung itu dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam kelmarin.

“Penduduk yang dipindahkan adalah 11 lelaki dan 12 wanita dewasa serta empat kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Loading...
Terkini