comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rumah dinaiki air: 28 penghuni rumah panjang Laweng dipindahkan

Pasukan bomba memindahkan kesemua mangsa ke lokasi selamat. – FOTO: Ihsan BBP Betong.

BETONG: 28 penghuni rumah panjang Laweng di Padeh di sini dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Layar selepas rumah panjang terbabit dinaiki air sedalam 0.6 meter petang tadi.

Mangsa yang terlibat terdiri daripada enam keluarga.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong, Vincent Baling Yabi sepasukan anggotanya dikerahkan ke lokasi sebaik pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.41 petang.

“Sejurus sampai, pasukan bomba mendapati kawasan sekitar rumah panjang sudah mulai dinaiki air dan sudah masuk ke dalam rumah panjang,” jelasnya.

Pasukan bomba yang menggunakan sebuah bot kemudiannya bertindak menjalankan operasi pemindahan dari rumah panjang ke kawasan selamat di tepi jalan.

Operasi pemindahan mengalami masa satu jam dan selesai sepenuhnya pada jam 7.31 malam.

Kesemua mangsa termasuk seorang bayi perempuan dan orang kurang upaya (OKU) lelaki kemudiannya dihantar ke PPS Layar sehingga air surut sepenuhnya.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini