comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK Jepak: PDRM beri amaran jangan cetus kegusaran awam 

 

BINTULU: Polis memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu yang boleh mencetuskan kegusaran awam sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya akan bertindak tegas jika ada pihak cuba menggunakan media sosial untuk mencetuskan keadaan tidak tenteram sepanjang proses kempen PRK DUN Jepak.

Katanya, situasi semasa di Sarawak ketika ini aman selain tiada sebarang isu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
​​​​​​​
“Kepada pengguna media sosial, janganlah menyebar khabar angin dan berita palsu sepanjang PRK ini,” katanya selepas proses penamaan calon PRK DUN Jepak, di sini, hari ini.

PRK DUN Jepak menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee, 54, Stevenson Joseph Sumbang, 42, daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan calon Parti Aspirasi Rakyat (ASPIRASI), Chieng Lea Phing, 62.

Hari pengundian ditetapkan 4 November ini.

Mohd Azman berkata, seramai 624 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk memastikan kelancaran proses demokrasi itu.

Katanya, calon bertanding juga perlu berjumpa dengan ketua polis daerah (KPD) bagi membincangkan permit mengadakan kempen.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini